CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

Good Bye, Sarawak...

Kali ni nak bercerita pasal hari ke-3 kami berada di Sarawak...so aktiviti kami pada hari ini adalah tuk mencuci mata dan membelanjakan wang yang disimpan..Hari ni perjalanan kami menuju ke Sarikei...orang kata tempat ni memang menjadi kunjungan setiap pelancong yang datang ke Sarawak...perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3jam dengan menaiki bas yang disediakan untuk kami...

Kami bertolak dari bandar Kuching lebih kurang jam 8.00 pagi..Perjalanan memang la sangat jauh...Kalau ada highway cepat la sampai tp jalan kampung...tapi ikut jalan kampung ini memang menyeronokkan disamping kami dapat melihat pelbagai keindahan flora & fauna...Rumah2 kampung disekitar nya juga sangat menarik dan unik...
Tapi disebabkan jauh lagi nak sampai ke Serikei ramai yang tertido sepanjang perjalanan....

Kami sume selamat sampai ke kawasan membeli belah ni pada jam 11.00 pagi...tapi bila sampai hujan renyai-renyai hingga la lebat...tapi atas semangat nak membeli belah kami redah juga...memang pelbagai jenis barang / baju / seluar / perkakas rumah / periuk / pinggan mangkuk dan macam2 lagi...memang rambang mata bila berjalan kat pasar serikei ini..

Nak cite banyak pun memang tak puas la...so jom kita layan gambar2 yang sempat di snap sepanjang berada di pasar ini...So kita enjoy!!!!!!!!!!

try dulu... bila sesuai baru beli...

posing jap...dh penat berjalan.....

pilih jangan tak pilih....

senyum je kak mah nak menawar harga.....

orang lain sibuk tawar menawar tp cik temah ni bz sms abg yer..

Gambar masa membeli belah ni tak banyak sangat maklum lah semua dah berpecah sebab masing-masing nak mencari apa yang hendak dibeli..Lagi pun masa ini hujan agak lebat juga, so xdapat la kami berjalan secara berkumpulan...Juara membeli pada hari ini telah di nobatkan kepada cc mery la..Kami semua dah ada kat dalam bas tp kelibat pasangan suami isteri ini belum muncul...Apa2 pun yang penting kami enjoy.!!!!

Setelah korum kami semua cukup kami pun bertolak pulang ke bandar kuching...Tetapi semasa dalam jalan keluar daripada pasar serikei lebih kurang 30 minit perjalanan...Driver bas ni berhenti di tepi jalan kata nya masa untuk tangkap gambar...rupe nya kat sebelah ini ada taman reaksi yang ada pelbagai jenis replika dinosour...So jom kita layan gambar-gambar nya....

kami bergambar bersama zirafah serikei

kami berdua lagi....

hepi family tp nureen tido time ni...

nureen yang dah bangun tido...sempat la posing...

Itu jelah gambar-gambar yang sempat dikongsikan ketika kami semua di taman rekreasi serikei... Membeli belah di pasar sarikei ini lah aktiviti kami yang terakhir sebab esok nya kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.. Kami semua sangat lah enjoy dengan trip kali ini.. So next trip kenalah tunggu ye...Buat semua kawan-kawan simpanlah duit ye...InsyaAllah tahun depan kita ke negeri lain ye...

GOOD BYE SARAWAK!!!!



0 comments:

Post a Comment